Friday, September 16, 2016

AidilAdha 2016

AidilAdha

Bukan setakat berbaju baru dan jamuan mkn yg tak henti tapi penghayatan dan pengertian korban ibu jua ingatkn semampunya ibu.
Alhamdulillah...

Ray Putra

Dia tak pandai berlakon.
Depan ibu atau sesiapa pun dia jadi diri dia sendiri.Ibu ngaku dia mmg aktif dan xreti duduk diam..ada je hal dia.😂

Basuh beras
Cuci Toilet
Basuh Pinggan
Basuh kasut
Kemas buku
Lipat Kain

dah boleh walau tak sempurna sgt..ehh kene appreciate sb umur dia br 7 thn.So manja yg ibu ayah beri tu bertempat.
Ibu bertuah dikurniakan anak lelaki yg begini dr kecik.Dr kecik mmg ringan tulang kalau dgn ibu ayah la.Dengan org ibu rasa dia tgk juga.Kalau jenis mmg org tu pemalas nk buat dia mmg tak gerak.

Anak lelaki ni kena ada cara nye.
Kalau ikut course parenting pon boy n girl berbeza.Siapa yg menyamakan itu terlihatkan benak di kepala walau nk tunjuk terror😂

Saya suka berenang

Senang je bawah rumah ade pool.
Biasa biasa aje yg penting happy.
Dia dah pandai berenang.Sikit sikit lama lama okey.Belajar dari usaha tak kema duit pun.

Sunday, August 28, 2016

My Syurga

Dia mengajar erti sebenar hidup
Sabar dan mengalah bukan beerti kita sudah tersungkur
Diam bukan beerti kita bisu dan pekak
Tabah dan kuat semangat dalam apa pun dugaan.
Kita ingat Allah..Allah akan ingat kita.
Dia selalu pesan apa org cakap yg guriskan hati buatlah seperti angin lalu.Tak mendatangkan manfaat kita biarkan.

Apa jua yang berubah yang terjadi semuanya bersebab.Cuma bezanya sebab itu dirahsiakan demi menjaga aib , maruah dan menjaga silaturrahim.Cukup hanya Allah yg Maha Mengetahui.

Isteri adalah cerminan suami.

Saturday, July 16, 2016

Percutian ke Kuantan - Kemaman

Alhamdulillah..
Ini semua sahabat suami.Alhamdulillah kami geng isteri pun close sesama kami.Bab Makan kami win😁 Barisan suami pun geleng kepala.

Apa yang saya selesa sangat sb mereka ini bagus, tak berlagak cakap besar pun tak pernah.Down to earth.Sebelum ni kami ke Sungkai.Kali ni jauh lagi..kami duduk hotel 5 star?? NO...kami duduk resort yang 1 2 star je.Ada bilik aircond tak function pun.Depa semua suh kami pilih nak bilik mana..saya terus kata hangpa pilih la mana yg tinggal tu kami punya...sb kami anak baru sorang kami x kisah asal privacy kami nk tuka baju nak tidur nak baring nak mandi terpelihara adab sopan.Alhamdulillah..kami jenis tak kisah apa pun.Murah kecik ok on.

Mcmana boleh rapat? Rasanya sebab kami ikhlas antara satu sama lain.Anak anak kami banyak lelaki.Kalau depa wrestling ka parents sikit tak campur.Cuma kita nasihat laaa..nanti sakit main elok elok..Jadi depa anak pun pukul 3 pagi boleh terkekek lagi.Semua naik kereta Acik Tina.Acik pun suka sebab tak ada 1 tangisan dan ngadu ngadu pun Acik dengar.

Ibu Rayyan best...siap boleh nyanyi nyanyi jerit jerit ngn kite?
Haha Acik Tina mmg kalau ngam dengan budak kalah korang budak budak.

Percutian yang best! Sayang korang semua.

Power Rangers Live In Genting 2016

Power Rangers show gift utk Rayyan sempena good result dalam midterm exam lepas.Alhamdulillah dia menunjukkan pencapaian yg bagus dan yang penting berusaha keras😁

Ini bukan show nyanyi dan cartoon macam dalam TV, this is our 2nd time last year Ultraman.Setiap show ada message yang bagus disampaikan.Language in English.Audience tak bosan..Power rangers ke monster ke akan pergi dekat audience.Involved anak anak utk capai misi.Dari di sajikan hiburan dalam gadgets ibu dan ayah jadikan ini event tahunan untuk Rayyan.

Memori 2016 bersama ibu dan ayah.
Ibu booking Vip Ticket utk duduk depan😁
Ibu ayah penat kerja kalau bukan untuk anak sendiri untuk siapa lagi...
Rayyan dapat 3 jam..so sb dia mmg budak pemurah dia hadiahkan untuk cousinnya Adhwa and Uddin.

Tuesday, July 12, 2016

Aidilfitri 2016

Meghah kite tahun ni..
1st Raya di rumah mak mertua.
Kita masak rendang ayam kampung 2 ekor.Mak jamu orang baraan rendang tu.Alhamdulillah another achievement di dapur.Tak nak leret meleret kita nak ucap ,

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.

Yang keruh kita jernihkan
Yang jauh kita dekatkan
Ikhlas.

Sunday, July 3, 2016

Kasih Ayah

Bila lihat suami dan ayahnya mesra hati rasa cemburu dan mata berair teringat ayah sendiri teringat kisah lalu.

Allahuakbar..kau selalu berikan aku kekuatan.

"Mat...tolong trim rambut bak macam rambut ko Mat."

Elokla tu 2 beranak ni teliti dan fussy sikit kalau buat sesuatu.Bukan saya bohong tanya Mak Mertua saya.Dia percaya kebolehan anak yang sorang ni.

Saya pula ingatkan suami ingat Mak cerita bak kecik kecik potong rambut abang skrg abang pula potong rambut bak.Bukan senang bang nak dpt moment mcm ni.

Kenangan ni biar saya simpan di sini.

Ayah saya dah tak ada..saya rindu ayah selalu.

Saturday, July 2, 2016

Mimpi Kita Harta di Kota Raya


Selama 8 tahun usia perkahwinan telah banyak suka dan duka kami lalui.
Bila duduk termenung Allahurabbi sayu rasa hati.pilu.
Ok past is past😁

Kami pernah menumpang bilik , menyewa rumah meneruskan hidup.Rumah kami tiada TV besar apatah lg astro.Tak mengapa Allah Maha Menyayangi.Anak tak pernah mngeluh.Tp keperluan anak ibu dan ayah utamakan dr segalanya.Berkat kerja keras dan sabar,Allah beri rezeki membeli rumah sendiri.Syukur x terhingga pada Allah.Alhamdulillah bulanannya x mencecah ribuan kerana apartment itu kami beli dgn harga nego krn owner nak duit segera.Tahun ni niat mmg nak tukar kereta dah 9 tahun.Alhamdulillah sekali lagi di naikkan pangkat.Ada rezeki 2 3 hari bonus keluar kita p cari kereta.Allah dah kata sabar itu indah sabar itu tanda dia sayang.Apa lagi nikmat yang kita mahu dustakan??
Perit mmg perit awalnya, nak dihadap mcm mcm hal.Tapi Allah kan ada.

Tahun lepas kami official berpindah ke rumah baru.Allahurabbi sekali lagi kami diuji.Kecewa tak terkata.Sampai kami nekad kita terpaksa kumpul duit semula.Tak mengapa hari ni kita kena,  kan Allah ada.Bersabarlah kami lagi.Tahun ni wang sudah cukup kami shopping brg rumah.Terhiaslah mimpi kita.

Saya suka yang simple, tenang , tak byk perabot.Ikut hati mmg xde sofa tapi fikirkan mak mertua yang teringin sgt nak ke rumah kami..kami beli khas utk dia.Mak tak boleh duduk bawah sb mak dah duk dekat wheel chair.Hari tu tunjuk gambar dining table dekat mak dan bak.Mak kata takpa lah beli rumah sendiri kena beli.Cakap dengan mak.beli tu satu hal mak yg penting beli xmo hutang.tu sb lambat sb kumpul duit dulu.Mak pun angguk paham😁

Mak kita pula kata "yong mmg bole deco tp malas tu jer yg menghalang" ye mak tu tepat.
Kita punya style semua kene ada br semangat😁kita tak suka ikut rentak org.kita suka buat ape kita suka.kita ikut apa poket kita ada.

Bagi isteri yang maybe hadapi apa saya pernah lalui sabar dan usaha bekerjasama dengan suami.Jangan kita hanya mahu minta nak itu ini.InsyaAllah Allah akan lorongkan kemudahan.Kami tiada istilah kau kau aku aku..kita sama sama.Kita jgn bebankan hidup kerana mahu mengejar apa org ada.Sia Sia.Biarlah liquidity ration bulanan kita cantik supaya hak anak tak kita sekat.Itu amanah janji kita minta dengan Tuhan.Alhamdulillah bukan la rumah baru tp kami hias totally different dr asal.Ada juga swimming pool , coming soon parking pun ada roof top.Apa lagi nikmat yang mahu kita dustakan...

Saya pernah melalui hidup yg sukar.Tapi saya tak bebankan suami mencari rezeki sendiri.Saya membantu ikhlas dr awal kerana kita sama sama berjanji sehidup semati susah dan senang bersama.Walau ditakdirkan apa sekalipun saya tak terlintas mahu berhenti kerja.Saya tetap mahu membantu suami kerana di saat sukar dia bersama saya disaat saya dicemuh tanpa dengar hujah saya dia yg memandang segala bukti.Jadi hanya dia yg layak.Allah terima kasih.

InsyaAllah mcm mcm plan kami ada..kami mmg seperti kura kura..org sudah ada kita br nak ada.Biar lambat asal berbaloi.

Friday, July 1, 2016

Kisah Jumaat terakhir di bulan Ramadhan

Ibu selalu pesan bersyukur dengan segala yang kita ada dan apa yang kita dapat.InsyaAllah Allah itu akan lebih memberi bila kita tau berterima kasih dengan segala rezeki.

Ibu selalu berdoa agar rezeki ibu dan ayah dapat bekerja keras ini berkat.Supaya yang berkat mengisi keluarga kita.Ibu banyak belajar dan ibu rasa ibu semakin matang menghadapi karenah manusia.Apa yang kita mahu gusarkan..Allah itu sentiasa ada.La Tahzan.

Sempena Jumaat terakhir di bulan Ramadhan ini ibu mendapat lagi rezeki yang tak disangka sangka.Allahurabbi..Sujud syukur ibu kepada Allah sentiasa menyambungkan rezeki.Ibu belajar sesuatu dan Allah ilhamkan ketika airmata bersujud..orang yang sabar dan berusaha itu sentiasa diuji.Tapi di sebalik ujian itu ada nikmatnya.

Jadi tahun ini rezeki buat anak ibu.Dia amanah ibu.Ilmu dunia akhirat tugas ibu memberi jalan.Menjaga keperluan juga tugas ibu.Jadi tak salah ibu membahagiakan dia ketika ada.kerana semua itu kerja keras ibu dengan izin Allah.

Semoga Allah sentiasa melimpah ruahkan rezeki dan kebahagiaan dunia akhirat buat kita sekeluarga.

Ibu Rayyan Putra
1st July 2016
Jumaat Ramadhan

Wednesday, June 29, 2016

Sahurrr

This year tahun pertama dia betul betul berlatih berpuasa bukan acah acah mak enon...br tinggal 1 hari sebab dia batuk.

Sahur belum pernah tinggal.Ibu memang paksa bangun sahur dan mesti makan nasi.Apa favourite dia time sahur?? Kacang je nak buat 😁
Nasi Goreng.

Mengajar anak bukan setakat paksa berpuasa menahan lapar dan dahaga, Rayyan dah mula belajar ttg nafsu.1st day dia request nak itu ini so ibu beli, time buka makan sikit.Ibu ckp inilah dia nafsu yg ada pada diri kita yg kita tak kawal boleh jd tak baik.Pembaziran amalan Syaitan..syaitan kene ikat tp kita dok amalkan.Macammana nak atasi..ibu suruh dia selawat dan zikir.Alhamdulillah tak ada lagi pembaziran.Dia akan makan apa didepan mata.
Malam kita sama sama solat dan mengaji.Pengisian Ramadhan cara ibu utk anak 7 tahun.
Tak banyak biar sedikit menjadi ingatan.

Sunday, June 26, 2016

Budak KacaMata

Aktiviti hari nie Ayah Rayyan suruh beli spec baru.Ya Allah sekali check tu diaaa..power melonjak lebih tinggi.

Spec lama tu mmg heavy duty , tidor pakai , berapa kali kena lenyek tetap maintain.Tapi sayang power rendah.

Adik adik pun semua dah pakai yg design ni.bulat bulat.Kita hakak pun nk juga ikut trend supaya tak ketinggalan zaman 😁 walaupun sebenarnya ni design dulu kala, hot balik.Yang anak bujang tu perasan macam Harry Potter.

Okey...so hari ni berbuka di luar.Anak bujang nk makan pizza hut😂Last week dah dominos..ibu yg jemu sb tekak ibu tekak sambal belacan.

Saturday, June 25, 2016

I m Back

Hiiiii...
I 'm back 😁

How your life??
Alhamdulillah syukur pada Allah SWT sentiasa memberi kemudahan di setiap kepayahan.Memberi kebahagiaan di setiap dugaan.Apa lagi nikmat yang mahu kita dustakan??

Family?
Alhamdulillah.
Masih bertiga walaupun sepatutnya tahun ni berempat.Allah Maha Mengetahui.Complete Miscarriage on 29 April 2016 same day dengan birthday my hero..Rayyan Putra.Alhamdulillah now sihat dah.Thanks husband yg banyak beri semangat dan doa jaga saya semasa perasaan sedih itu berkecamuk.Dia berada di sisi setiap masa.
Nikmat mana yang mahu didustakan??

Bahagialah dengan rezeki yang berkat.Agar yang sedikit sentiasa cukup.Dan ianya tidak putus.
Fokus pada diri sendiri dan keluarga sendiri.Capai apa pun dengan kemampuan sendiri.InsyaAllah nikmat yang dirasa.

Tina Rahman
26 June 2016
Masterbedroom Mimpi Kita