Saturday, July 2, 2016

Mimpi Kita Harta di Kota Raya


Selama 8 tahun usia perkahwinan telah banyak suka dan duka kami lalui.
Bila duduk termenung Allahurabbi sayu rasa hati.pilu.
Ok past is past😁

Kami pernah menumpang bilik , menyewa rumah meneruskan hidup.Rumah kami tiada TV besar apatah lg astro.Tak mengapa Allah Maha Menyayangi.Anak tak pernah mngeluh.Tp keperluan anak ibu dan ayah utamakan dr segalanya.Berkat kerja keras dan sabar,Allah beri rezeki membeli rumah sendiri.Syukur x terhingga pada Allah.Alhamdulillah bulanannya x mencecah ribuan kerana apartment itu kami beli dgn harga nego krn owner nak duit segera.Tahun ni niat mmg nak tukar kereta dah 9 tahun.Alhamdulillah sekali lagi di naikkan pangkat.Ada rezeki 2 3 hari bonus keluar kita p cari kereta.Allah dah kata sabar itu indah sabar itu tanda dia sayang.Apa lagi nikmat yang kita mahu dustakan??
Perit mmg perit awalnya, nak dihadap mcm mcm hal.Tapi Allah kan ada.

Tahun lepas kami official berpindah ke rumah baru.Allahurabbi sekali lagi kami diuji.Kecewa tak terkata.Sampai kami nekad kita terpaksa kumpul duit semula.Tak mengapa hari ni kita kena,  kan Allah ada.Bersabarlah kami lagi.Tahun ni wang sudah cukup kami shopping brg rumah.Terhiaslah mimpi kita.

Saya suka yang simple, tenang , tak byk perabot.Ikut hati mmg xde sofa tapi fikirkan mak mertua yang teringin sgt nak ke rumah kami..kami beli khas utk dia.Mak tak boleh duduk bawah sb mak dah duk dekat wheel chair.Hari tu tunjuk gambar dining table dekat mak dan bak.Mak kata takpa lah beli rumah sendiri kena beli.Cakap dengan mak.beli tu satu hal mak yg penting beli xmo hutang.tu sb lambat sb kumpul duit dulu.Mak pun angguk paham😁

Mak kita pula kata "yong mmg bole deco tp malas tu jer yg menghalang" ye mak tu tepat.
Kita punya style semua kene ada br semangat😁kita tak suka ikut rentak org.kita suka buat ape kita suka.kita ikut apa poket kita ada.

Bagi isteri yang maybe hadapi apa saya pernah lalui sabar dan usaha bekerjasama dengan suami.Jangan kita hanya mahu minta nak itu ini.InsyaAllah Allah akan lorongkan kemudahan.Kami tiada istilah kau kau aku aku..kita sama sama.Kita jgn bebankan hidup kerana mahu mengejar apa org ada.Sia Sia.Biarlah liquidity ration bulanan kita cantik supaya hak anak tak kita sekat.Itu amanah janji kita minta dengan Tuhan.Alhamdulillah bukan la rumah baru tp kami hias totally different dr asal.Ada juga swimming pool , coming soon parking pun ada roof top.Apa lagi nikmat yang mahu kita dustakan...

Saya pernah melalui hidup yg sukar.Tapi saya tak bebankan suami mencari rezeki sendiri.Saya membantu ikhlas dr awal kerana kita sama sama berjanji sehidup semati susah dan senang bersama.Walau ditakdirkan apa sekalipun saya tak terlintas mahu berhenti kerja.Saya tetap mahu membantu suami kerana di saat sukar dia bersama saya disaat saya dicemuh tanpa dengar hujah saya dia yg memandang segala bukti.Jadi hanya dia yg layak.Allah terima kasih.

InsyaAllah mcm mcm plan kami ada..kami mmg seperti kura kura..org sudah ada kita br nak ada.Biar lambat asal berbaloi.

No comments:

Post a Comment