Saturday, July 16, 2016

Percutian ke Kuantan - Kemaman

Alhamdulillah..
Ini semua sahabat suami.Alhamdulillah kami geng isteri pun close sesama kami.Bab Makan kami win😁 Barisan suami pun geleng kepala.

Apa yang saya selesa sangat sb mereka ini bagus, tak berlagak cakap besar pun tak pernah.Down to earth.Sebelum ni kami ke Sungkai.Kali ni jauh lagi..kami duduk hotel 5 star?? NO...kami duduk resort yang 1 2 star je.Ada bilik aircond tak function pun.Depa semua suh kami pilih nak bilik mana..saya terus kata hangpa pilih la mana yg tinggal tu kami punya...sb kami anak baru sorang kami x kisah asal privacy kami nk tuka baju nak tidur nak baring nak mandi terpelihara adab sopan.Alhamdulillah..kami jenis tak kisah apa pun.Murah kecik ok on.

Mcmana boleh rapat? Rasanya sebab kami ikhlas antara satu sama lain.Anak anak kami banyak lelaki.Kalau depa wrestling ka parents sikit tak campur.Cuma kita nasihat laaa..nanti sakit main elok elok..Jadi depa anak pun pukul 3 pagi boleh terkekek lagi.Semua naik kereta Acik Tina.Acik pun suka sebab tak ada 1 tangisan dan ngadu ngadu pun Acik dengar.

Ibu Rayyan best...siap boleh nyanyi nyanyi jerit jerit ngn kite?
Haha Acik Tina mmg kalau ngam dengan budak kalah korang budak budak.

Percutian yang best! Sayang korang semua.

Power Rangers Live In Genting 2016

Power Rangers show gift utk Rayyan sempena good result dalam midterm exam lepas.Alhamdulillah dia menunjukkan pencapaian yg bagus dan yang penting berusaha keras😁

Ini bukan show nyanyi dan cartoon macam dalam TV, this is our 2nd time last year Ultraman.Setiap show ada message yang bagus disampaikan.Language in English.Audience tak bosan..Power rangers ke monster ke akan pergi dekat audience.Involved anak anak utk capai misi.Dari di sajikan hiburan dalam gadgets ibu dan ayah jadikan ini event tahunan untuk Rayyan.

Memori 2016 bersama ibu dan ayah.
Ibu booking Vip Ticket utk duduk depan😁
Ibu ayah penat kerja kalau bukan untuk anak sendiri untuk siapa lagi...
Rayyan dapat 3 jam..so sb dia mmg budak pemurah dia hadiahkan untuk cousinnya Adhwa and Uddin.

Tuesday, July 12, 2016

Aidilfitri 2016

Meghah kite tahun ni..
1st Raya di rumah mak mertua.
Kita masak rendang ayam kampung 2 ekor.Mak jamu orang baraan rendang tu.Alhamdulillah another achievement di dapur.Tak nak leret meleret kita nak ucap ,

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.

Yang keruh kita jernihkan
Yang jauh kita dekatkan
Ikhlas.

Sunday, July 3, 2016

Kasih Ayah

Bila lihat suami dan ayahnya mesra hati rasa cemburu dan mata berair teringat ayah sendiri teringat kisah lalu.

Allahuakbar..kau selalu berikan aku kekuatan.

"Mat...tolong trim rambut bak macam rambut ko Mat."

Elokla tu 2 beranak ni teliti dan fussy sikit kalau buat sesuatu.Bukan saya bohong tanya Mak Mertua saya.Dia percaya kebolehan anak yang sorang ni.

Saya pula ingatkan suami ingat Mak cerita bak kecik kecik potong rambut abang skrg abang pula potong rambut bak.Bukan senang bang nak dpt moment mcm ni.

Kenangan ni biar saya simpan di sini.

Ayah saya dah tak ada..saya rindu ayah selalu.

Saturday, July 2, 2016

Mimpi Kita Harta di Kota Raya


Selama 8 tahun usia perkahwinan telah banyak suka dan duka kami lalui.
Bila duduk termenung Allahurabbi sayu rasa hati.pilu.
Ok past is past😁

Kami pernah menumpang bilik , menyewa rumah meneruskan hidup.Rumah kami tiada TV besar apatah lg astro.Tak mengapa Allah Maha Menyayangi.Anak tak pernah mngeluh.Tp keperluan anak ibu dan ayah utamakan dr segalanya.Berkat kerja keras dan sabar,Allah beri rezeki membeli rumah sendiri.Syukur x terhingga pada Allah.Alhamdulillah bulanannya x mencecah ribuan kerana apartment itu kami beli dgn harga nego krn owner nak duit segera.Tahun ni niat mmg nak tukar kereta dah 9 tahun.Alhamdulillah sekali lagi di naikkan pangkat.Ada rezeki 2 3 hari bonus keluar kita p cari kereta.Allah dah kata sabar itu indah sabar itu tanda dia sayang.Apa lagi nikmat yang kita mahu dustakan??
Perit mmg perit awalnya, nak dihadap mcm mcm hal.Tapi Allah kan ada.

Tahun lepas kami official berpindah ke rumah baru.Allahurabbi sekali lagi kami diuji.Kecewa tak terkata.Sampai kami nekad kita terpaksa kumpul duit semula.Tak mengapa hari ni kita kena,  kan Allah ada.Bersabarlah kami lagi.Tahun ni wang sudah cukup kami shopping brg rumah.Terhiaslah mimpi kita.

Saya suka yang simple, tenang , tak byk perabot.Ikut hati mmg xde sofa tapi fikirkan mak mertua yang teringin sgt nak ke rumah kami..kami beli khas utk dia.Mak tak boleh duduk bawah sb mak dah duk dekat wheel chair.Hari tu tunjuk gambar dining table dekat mak dan bak.Mak kata takpa lah beli rumah sendiri kena beli.Cakap dengan mak.beli tu satu hal mak yg penting beli xmo hutang.tu sb lambat sb kumpul duit dulu.Mak pun angguk paham😁

Mak kita pula kata "yong mmg bole deco tp malas tu jer yg menghalang" ye mak tu tepat.
Kita punya style semua kene ada br semangat😁kita tak suka ikut rentak org.kita suka buat ape kita suka.kita ikut apa poket kita ada.

Bagi isteri yang maybe hadapi apa saya pernah lalui sabar dan usaha bekerjasama dengan suami.Jangan kita hanya mahu minta nak itu ini.InsyaAllah Allah akan lorongkan kemudahan.Kami tiada istilah kau kau aku aku..kita sama sama.Kita jgn bebankan hidup kerana mahu mengejar apa org ada.Sia Sia.Biarlah liquidity ration bulanan kita cantik supaya hak anak tak kita sekat.Itu amanah janji kita minta dengan Tuhan.Alhamdulillah bukan la rumah baru tp kami hias totally different dr asal.Ada juga swimming pool , coming soon parking pun ada roof top.Apa lagi nikmat yang mahu kita dustakan...

Saya pernah melalui hidup yg sukar.Tapi saya tak bebankan suami mencari rezeki sendiri.Saya membantu ikhlas dr awal kerana kita sama sama berjanji sehidup semati susah dan senang bersama.Walau ditakdirkan apa sekalipun saya tak terlintas mahu berhenti kerja.Saya tetap mahu membantu suami kerana di saat sukar dia bersama saya disaat saya dicemuh tanpa dengar hujah saya dia yg memandang segala bukti.Jadi hanya dia yg layak.Allah terima kasih.

InsyaAllah mcm mcm plan kami ada..kami mmg seperti kura kura..org sudah ada kita br nak ada.Biar lambat asal berbaloi.

Friday, July 1, 2016

Kisah Jumaat terakhir di bulan Ramadhan

Ibu selalu pesan bersyukur dengan segala yang kita ada dan apa yang kita dapat.InsyaAllah Allah itu akan lebih memberi bila kita tau berterima kasih dengan segala rezeki.

Ibu selalu berdoa agar rezeki ibu dan ayah dapat bekerja keras ini berkat.Supaya yang berkat mengisi keluarga kita.Ibu banyak belajar dan ibu rasa ibu semakin matang menghadapi karenah manusia.Apa yang kita mahu gusarkan..Allah itu sentiasa ada.La Tahzan.

Sempena Jumaat terakhir di bulan Ramadhan ini ibu mendapat lagi rezeki yang tak disangka sangka.Allahurabbi..Sujud syukur ibu kepada Allah sentiasa menyambungkan rezeki.Ibu belajar sesuatu dan Allah ilhamkan ketika airmata bersujud..orang yang sabar dan berusaha itu sentiasa diuji.Tapi di sebalik ujian itu ada nikmatnya.

Jadi tahun ini rezeki buat anak ibu.Dia amanah ibu.Ilmu dunia akhirat tugas ibu memberi jalan.Menjaga keperluan juga tugas ibu.Jadi tak salah ibu membahagiakan dia ketika ada.kerana semua itu kerja keras ibu dengan izin Allah.

Semoga Allah sentiasa melimpah ruahkan rezeki dan kebahagiaan dunia akhirat buat kita sekeluarga.

Ibu Rayyan Putra
1st July 2016
Jumaat Ramadhan